Balik kampung Mukah: 27 Oktober 2008
Balik Bkt Mahkota: 4 Oktober 2008
Jumlah: 8 hari
_____________________________________________________
Ni kali yang ke-2, kami tiga beranak balik kampung arwah papa di Mukah Sarawak. Penerbangan yang sepatutnya utk kami sekeluarga berempat, hanya kami bertiga jer pergi.. Arwah papa sempat memohon tiket kapal terbang balik ke wilayah asal sekitar Januari 2008 utk balik raya tahun ni... bukan tu jer arwah papa juga dah belikan tiket balik ke sabah, 18-23 Jun 2008 yang lepas.. Sebelum pemergiannya jugak, arwah papa dah beli tiket utk dirinya sendiri utk balik ke Mukah, sbb nak meraihkan hari terakhir bapa mertua bertugas di jabatan kerajaan... Kita hanya merancang, tapi Allah juga menentukan..
Perjalanan balik kami disertai dengan pak cik Qadri.. al Hamdulillah syukur la ada pak cik Qad, leh la tolong tgk budak2 ni, penat nak melayan karenah drg ni.. lebih2 lagik c farhan ni.. mmg jenis berani.. laju jer ke depan.. bila kejar makin laju dia ke depan.. dia ingat main kejar2 agaknya...
Semasa dalam flight, kitaorg duduk di barisan depan economy class.. 2f mmg seronok sakan la. Nasib balik kali ni drg tak de nak berjalan2 dalam kapal terbang tu.. duduk berdiri setempat jer, tu pun mama dah kontrol. Macam2 mainan, buku mama saja bawa, supaya budak2 ni tak bosan.. oleh sbb pagi tu awal bangun dan bersiap, sbb nak kejar flight kol 8, penat mengantuknya tuhan jer tau. Baru jer mama nak lelap mata, 2F lak tak leh duduk diam, macam2 benda drg nak. Tapi bila flight dah nak sampai br la 2F ni tido.. alahai...